NORHIZAN ISMAIL
NORHIZAN

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, HFMD mudah berjangkit dalam kalangan kanak-kanak  di taska, tadika, tabika, pusat jagaan, pra sekolah dan sekolah kerana sentuhan langsung.

“Di Kedah, daerah yang menunjukkan peningkatan kes HFMD adalah Pendang (120.7 peratus), Langkawi (118.8 peratus) dan Kuala Muda (105.3 peratus).

“Sehingga kini tiada taska, tadika, sekolah atau pusat jagaan di Kedah yang ditutup dan tiada jangkitan yang serius (komplikasi) kematian dilaporkan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, bagi menghalang penularan virus HFMD, pihaknya menggesa orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska, tadika, tabika dan prasekolah untuk memastikan kebersihan premis terutama peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak.

“Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD.

“Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya,” katanya. - UTUSAN ONLINE