Pengarahnya, Mohd. Jamil Mohamed berkata, kesemua sekolah yang ditutup itu terletak di daerah Timur Laut, Georgetown di sini.

Katanya, langkah berkenaan diambil berikutan jumlah kes yang dicatatkan mencecah 11 kes di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Phor Tay manakala jumlah kes di SJKC Sin Chung sebanyak enam kes.

“Sementara itu, SJKC Sam Sun turut ditutup apabila tiga pelajar turut dikesan menghidap penyakit berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Hijau anjuran Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini hari ini.

Selain itu, katanya sebuah lagi SJKC dan sebuah sekolah antarabangsa kini turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga akibat penularan wabak berkenaan.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan negeri ini paling teruk dilanda penyakit itu tahun ini apabila jumlah kes mencecah 1,555 kes. - UTUSAN ONLINE