Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menggesa Parlimen dan kerajaan mengambil tindakan terhadap tiga ahli Parlimen DAP iaitu Nga Kor Ming (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V. Sivakumar (Batu Gajah) yang menuntut Pandikar Amin meletak jawatan kerana menolak usul berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu kapal mewah milik Jho Low.

Kata beliau, Pandikar Amin telah menjalankan tugas dengan baik tanpa menyekat soalan-soalan atau usul yang tidak menyalahi peraturan mesyuarat.

“Apatah lagi menyekat kebebasan seorang Yang Berhormat daripada menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen Dewan Rakyat yang mulia ini.

“Jelas ini hanya mainan politik pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) serta mahu mengalih isu pemimpin DAP yang sedang disiasat kerana rasuah di Pulau Pinang,” katanya dalam sidang akhbar di bilik media bangunan Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE