Pengarah dan pelakon, Shahili Abdan atau lebih dikenali sebagai Namron berpendapat stesen televisyen di Malaysia haruslah mencontohi negara-negara luar yang mana mereka tidak membuat tayangan telemovie di kaca televisyen.

“Format yang diguna pakai oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) patut dikekalkan dan tayangan telemovie di kaca televisyen dihentikan serta skala tayangan episod dibesarkan sekiranya ingin membuat tayangan telemovie untuk mengurangkan persaingan.

“Untuk apa orang pergi tengok filem di panggung wayang sedangkan slot filem tersebut ada di kaca televisyen,” katanya ketika menjadi panel Forum Harta Intelek, di sini hari ini.