N. GOPAL KISHNAM

Setiausaha Agungnya, N. Gopal Kishnam berkata, pihaknya memandang serius hasil kajian Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) yang menunjukkan wujudnya diskriminasi dan penindasan terhadap wanita hamil dalam sektor swasta.

Katanya, mereka turut mene­rima aduan daripada kesatuan gabungan berkaitan perkara sedemikian yang telah dibawa kepada perhatian majikan terbabit dan Kementerian Sumber Manusia.

“Majikan tidak seharusnya men­diskriminasi wanita me­ngan­dung dalam pekerjaan sebalik­nya pihak majikan harus menyediakan kemudahan sewajarnya dan sesuai bagi meningkatkan peratusan wanita yang bekerja dalam sektor swasta,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, jika kemasukan wa­nita yang bekerja disekat dari awal, ia akan menjejaskan usaha kerajaan untuk menambah peratusan wanita di peringkat jangka masa panjang dan negara akan kehilangan pekerja yang berkualiti dan produktif.

Dalam pada itu, Gopal Kishnam turut mencadangkan agar satu dasar dan undang-undang yang lebih tegas perlu digubal bagi mengelakkan masalah yang sama terus berulang.

“Sekiranya isu ini tidak diatasi secara perundangan, ia boleh menjurus kepada kebergantungan berterusan terhadap pekerja asing, sekali gus merugikan negara untuk jangka masa panjang,” katanya.