Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tindakan sedemikian tidak wajar diteruskan walaupun golongan berkenaan mempunyai perbezaan pendapat politik.

“Ada sedikit sebanyak unsur sentimen yang boleh dipengaruhi melalui cita-cita yang bertujuan untuk memburukkan keadaan ekonomi negara dengan meluahkan fakta-fakta yang tidak berasas dan tidak tepat.

“Ini tidak wajar diteruskan kerana kepentingan negara tidak seharusnya dijadikan pertaruhan dalam soal politik kepartian,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) dalam sesi soal jawab dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE