Ketua Persatuan Penulis Johor, Amiruddin Md. Ali Hanafiah berkata, tindakan pihak tertentu itu yang menimbulkan isu kononnya Mahathir akan berusaha menghalang pelantikan Sultan Johor sebagai Yang Di-pertuan Agong perlu dihentikan.

"Isu ini yang tular dalam media sosial sejak semalam, amat menghairankan kerana turut melibatkan Majlis Raja-raja.

"Dakwaan terhadap Tun Dr. Mahathir seolah-olah memperlihatkan Perdana Menteri seorang yang kurang bijaksana dan pemimpin yang lemah.

"Sepatutnya kita mewujudkan suasana yang harmoni antara kedua-dua pemimpin," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tahu apa yang perlu baginda lakukan seandainya dipilih sebagai Yang Di-pertuan Agong.

Justeru, PPJ berharap kerajaan memberikan penjelasan segera isu ini. - UTUSAN ONLINE