Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Henti desak kerajaan iktiraf UEC

Semua perlu hormati Dasar Pendidikan Kebangsaan

KUALA LUMPUR 24 Mac - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) meminta pihak berkaitan supaya berhenti mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan untuk masuk ke universiti awam selagi sijil itu tidak mematuhi piawaian ditetapkan.

ZAMBRI MOHD. ISA

Presidennya, Zambri Mohd. Isa berkata, UEC yang diper­kenalkan Pertubuhan Persekutuan Persa­tuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu terlebih dahulu menghormati Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum boleh dite­rima untuk tujuan itu.

“Sistem pendidikan UEC tidak menepati piawaian ditetapkan, namun mereka masih berdegil dengan tidak mengubahsuai sukatan pelajaran dan peperiksaan UEC bagi memasukkan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah yang setara dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Maka, UEC wajar ditolak untuk kelayakan masuk ke universiti awam, bukan atas dasar perkauman mahupun politik, namun disebabkan tindakan angkuh mereka yang seolah-olah memperkecilkan Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

SYED ANUAR SYED MOHAMED
SYED ANUAR SYED MOHAMED

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dalam sidang Dewan Rakyat semalam menegaskan, kementerian tetap de­ngan pendirian bahawa UEC tidak boleh digunakan sebagai kelayakan ma­suk ke universiti awam termasuk Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) serta program universiti swasta yang difrancaiskan daripada universiti awam.

UEC hanya diiktiraf sebagai kelayakan masuk ke universiti swasta ekoran kurikulum sijil tersebut masih tidak selari de­ngan kurikulum kebangsaan seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996.

Dalam pada itu Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamed berkata, sukatan pelajaran wUEC adalah berdasarkan sistem pendidikan di Taiwan dan itu bertentangan dengan garis panduan ditetapkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Sekiranya mereka mahu UEC diiktiraf oleh kementerian, maka harus bertolak ansur dengan menggunapakai sistem pendidikan yang selaras dengan piawai ditetapkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain