Pandangan itu disuarakan oleh Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari dengan mengambil contoh

cadangan pelantikan bekas Ketua Pengarang The Rocket iaitu media DAP, Wan Hamidi Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Menurutnya, apabila ada perbincangan untuk pelantikan Wan Hamidi, ia akhirnya gagal kerana penglibatan Wan Hamidi dalam akhbar The Rocket

diperbesar-besarkan.

"Apakah trick (helah) itu diambil untuk memastikan Latheefa berjaya dilantik (sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM) dan tidak gagal seperti Wan

Hamidi?" katanya kepada Utusan Online.

Abdul Aziz yang juga pakar Perlembagaan berkata, pelantikan Latheefa telah menimbulkan kontroversi apabila Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution

Ismail mengesahkan pelantikan itu tidak dimaklumkan kepada Kabinet atau PKR.

Menurut Abdul Aziz, ia menimbulkan persoalan khususnya dalam konteks hujah bekas Hakim Mahkamah

Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang berkata, pelantikan itu kuasa penuh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan.

Kata beliau, Walaupun hujah itu ada asasnya di sisi Perlembagaan Persekutuan, namun ada kerangka baharu dalam bentuk jawatankuasa pemilih yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

"Walaupun kerangka baharu itu berasaskan sistem Amerika, namun ia bukan perkara baharu. Sebagai contoh, semakan kehakiman pun diambil dari Amerika juga.

"Bahkan apa yang dipanggil judicial review itu pun telah diterima oleh mahkamah di seluruh negara Komanwel.

"Apa yang penting kerangka baharu itu berguna untuk memperkasa demokrasi dan ketelusan. Kegagalan itu

menyebabkan pelantikan Latheefa mula dipersoalkan dan ini akan memberi kesan negatif terhadap beliau

dan SPRM itu sendiri," ujar Abdul Aziz. - UTUSAN

ONLINE