Dalam kenyataan ringkas di dalam laman Facebook miliknya hari ini, Muhammad Haziq turut memuat naik gambar salinan laporan polis di Balai Polis Kelana Jaya.

“Awak boleh panggil saya apa pun tetapi saya tidak pernah dilahirkan sebagai seorang penipu,” tulisnya ringkas.

Berdasarkan salinan laporan polis yang dimuat naik itu, Muhammad Haziq mendakwa ia dilakukan bagi menyanggah segala tohmahan terhadap dirinya yang dilakukan warganet; Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham dan beberapa pihak lain.

Selain itu, Muhammad Haziq turut mendakwa yang Mohamed Azmin telah mengarahkan Hilam untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya pada hari kejadian.

Dakwanya, Hilam secara paksa mengarahkannya berbohong untuk menafikan perihal video yang sedang tular tersebut

Muhammad Haziq juga mendakwa dia diugut selepas menolak untuk menuruti permintaan tersebut. - UTUSAN ONLINE