Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Ge­nervie.

Pasangan ini dinikahkan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat di Orchid Villa, Gombak, Selangor, manakala majlis resepsi diadakan pada sebe­lah malam di lokasi yang sama.

Hazama dan Genervie men­jalin hubungan cinta sejak lima tahun lalu.

Genervie difahamkan te­lah memeluk agama Islam beberapa bulan sebelum bernikah dan masih mengekalkan nama asalnya.