KUANTAN 15 Jun - Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang akan mengadakan sidang akhbar berhubung kehilangan pesawat pejuang TUDM di sempadan Pahang-Terenganu, dekat sini hari ini.
Sidang akhbar khas itu dijadual diadakan pada pukul 4 petang ini di Pangkalan Udara Kuantan di sini.
Pesawat buatan Britain berkenaan dilaporkan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada pukul 11 pagi dan terputus hubungan dengan menara kawalan 30 minit kemudian. - UTUSAN ONLINE