Beliau berkata, ini berikutan berlakunya beberapa kes penipuan pekerjaan oleh sindiket yang berlaku sejak kebelakangan ini.

"Sebenarnya kita bimbang jika ada lagi rakyat Malaysia yang mengalami nasib sama. Sebab itu kita hendak ingatkan supaya mereka berhati-hati.

"Mereka harus periksa dengan pihak berwajib dan menghubungi kami di Wisma Putra. Ada banyak wakil untuk periksa termasuk melalui Pejabat Kaunselor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini selepas menyambut ketibaan lapan rakyat Malaysia yang terkandas di Monrovia, Liberia.

Kejayaan itu merupakan kejayaan kedua kerajaan setelah pembebasan 47 orang rakyat Malaysia dari tahanan di Kemboja baru-baru ini.

Dalam pada itu, Saifuddin menambah, pihaknya bersyukur kerana telah dapat membawa pulang kesemua lapan rakyat Malaysia terlibat dengan selamat.

"Saya ucapkan terima kasih kepada syarikat Sime Darby yang beroperasi di sana kerana banyak membantu terutamanya memberikan bantuan makanan kepada mereka.

"Kebetulan Sime Darby ada disana, dan dapat maklumat tentang ini. Ia banyak membantu," katanya. - UTUSAN ONLINE