Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM),Datuk Seri Jailani Johari berkata, penyebaran maklumat sedemikian yang mungkin bertujuan untuk berseronok atau berkepentingan tertentu boleh menimbulkan rasa panik masyarakat.

"Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu tidak bertanggungjawab itu kerana perbuatan tersebut akan turut menjejaskan operasi pasukan keselamatan.

"Saya nasihatkan masyarakat juga jangan sesekali terima bulat-bulat tentang apa yang disebar dalam media sosial, sebaliknya buatlah pengesahan dan rujukan kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Jailani berkata demikian kepada pemberita di Pelancaran Skuad Sukarelawan Bencana P038 & Penyampaian Vest CDERT di Dataran Lubuk Bayas, Sungai Kampung Menerong, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah, Azmi Razik; Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Nasrudin H.Mahmud dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam(APM) negeri, Left. Kol. (PA) Che Adam A. Rahman.

Beliau berkata, pihak kementerian turut mengambil perhatian serius dan memantau setiap masa aspek perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negara terutama di kawasan berisiko bagi memastikan tidak berlakunya terputus hubungan.

Syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi turut melaksanakan program kesiapsiagaan secara fizikal seperti penyelenggaraan tapak menara, penyediaan genset mudah alih, telefon satelit Peralatan Perlindungan Peribadi, bot, peralatan komunikasi radio amatur dan pasukan gerak bencana. - UTUSAN ONLINE