Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, kongres yang akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu akan menghimpunkan lebih 500 budayawan, ahli akademik dan pelajar.

“Kongres ini bertujuan untuk membincangkan mengenai cara hidup masyarakat Melayu dan kita harapkan Melayu dapat menukar arus dan sikapnya terhadap budaya, jati diri, bahasa dan seni serta warisannya yang mana pelbagai isu akan dikupas.

“Dalam keadaan budaya yang semakin terhakis ini, rakyat perlu kembali bangkit dan menghitung kembali nasib serta masa depan budaya, warisan, falsafah dan adat,” katanya semasa berucap pada sesi perbincangan Kongres Budaya 2017 di sini hari ini.

Rais berkata, impak budaya barat dan pengaruh globalisasi melalui media sosial, hiburan dan perdagangan juga perlu ditangani demi masa depan Me­layu.

“Melayu sekarang sudah jauh daripada kemelayuannya, tidak dapat menandingi masyarakat lain dari segi siap siaga budaya­nya. Ini juga adalah satu daripada persediaan bagi kaum Melayu untuk mengisi Transformasi Nasional 2050 (TN50), tapi dalam masa yang sama kita jangan lupa Wawasan 2020,” katanya. – BERNAMA