Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, untuk itu satu mekanisme pengagihan hasil kutipan tersebut akan dicadangkan mengikut bilangan hotel atau premis penginapan di negeri masing-masing.

“Cadangan sebahagian hasil kutipan Cukai Pelancongan untuk diberi balik kepada kerajaan negeri kerana negeri turut memainkan peranan dalam mempromosi dan merancakkan aktiviti pelancongan.

“Kerajaan negeri berpandangan kutipan cukai pelancongan yang dilaksanakan oleh kerajaan Pusat merupakan suatu inisiatif yang dapat membantu perkembangan sektor pelancongan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Ramah Mesra bersama Media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pelancongan di Double Tree By Hilton Hotel di sini malam tadi.

Cukai Pelancongan yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 satu malam untuk sebuah bilik hotel. - UTUSAN ONLINE