Puigdemont yang mencetuskan kemelut politik terburuk Sepanyol sejak berdekad lalu dengan mengadakan pungutan suara pada 1 Oktober lalu diarahkan oleh Madrid untuk membuat keputusan muktamad pada pukul 10 pagi waktu tempatan atau 4 pagi waktu Malaysia.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mariano Rajoy bertegas untuk menggunakan Artikel 155 Perlembagaan Sepanyol ke atas Catalonia, satu langkah yang membolehkan kerajaan mengenakan pemerintahan secara langsung ke atas wilayah tersebut melainkan Puigdemont berundur daripada hasratnya untuk mencapai kemerdekaan. - AFP