Seawal pukul 7 pagi, orang ramai terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat mula membanjiri lokasi perbarisan bagi menantikan perarakan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta pihak korporat.

Perbarisan dan perarakan sepanjang kira-kira satu kilometer itu disaksikan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Suhaizan Kaiat; Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din dan para tetamu kehormat yang lain.

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 membawa simbolik perpaduan dalam kalangan rakyat di bawah tema ‘Sayangi Malaysiaku’. -UTUSAN ONLINE