Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman Twitter miliknya memberitahu, petrol RON95 dijual pada harga RM2.19 seliter berbanding RM2.21 seliter sepanjang minggu lalu manakala petrol RON97 pula dijual pada harga RM2.49 seliter berbanding RM2.52 seliter sebelum ini.

Harga baharu diesel pula adalah RM2.10 seliter berbanding RM2.14 seliter yang dijual pada minggu lalu.-UTUSAN ONLINE