Menterinya, Datuk Seri Ham­­­zah Zainudin berkata, pa­ra pe­niaga dilarang menjual ba­ra­ngan kawalan melebihi harga maksimum dan diwajibkan me­le­takkan tanda harga khas berwarna merah jambu sepanjang tempoh skim kawalan itu berlangsung selama 14 hari bermula Sabtu ini.

“Kerajaan memperkenalkan mekanisme ini bertujuan untuk menyekat kenaikan barangan yang kerap kali berlaku ketika musim perayaan.

“Tindakan tegas akan di­am­bil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 terhadap para peniaga yang gagal mematuhi peraturan-pe­raturan di bawah skim ini,” ka­ta Hamzah dalam sidang akhbar pengumuman Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sem­pe­na Aidilfitri 2017 di sini hari ini.

Yang hadir sama, timbalan menterinya, Datuk Henry Sum Agong dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Jamil Salleh.

Hamzah menegaskan, para peniaga didapati menjual me­lebihi harga ditetapkan boleh di­denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun tidak lebih RM50,000.

Jelasnya, syarikat yang me­­la­kukan kesalahan sama juga boleh didenda sehingga RM500,000 atau kompaun maksimum RM250,000.

“Selain itu, para peniaga individu yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun mak­simum RM5,000 manakala ba­gi syarikat, didenda tidak me­lebihi RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000,” katanya.

Pada masa sama, Hamzah memaklumkan, para penguat kuasa kementerian akan berada di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah dalam usaha melindungi pengguna da­ripada sikap peniaga yang mengambil keuntungan ber­le­bihan.

Menurut beliau, pelaksanaan skim berkenaan berkuatkuasa di 151 kawasan seluruh negara merangkumi 91 daerah Seme­nan­jung Malaysia, 32 daerah (Sarawak), 27 daerah (Sabah) dan satu daerah di Labuan.

“Kementerian juga menda­patkan kerjasama Friends of KPDNKK, Jabatan Sukarelawan, skuad pengguna, penghulu dan ketua masyarakat untuk membantu kita dalam tugas pemantauan,” katanya.