Hasil jualan RM350 itu pula jika ditolak kos baja RM200, bermakna pendapatan mereka cuma RM150 sebulan dan pasti­nya ia tidak cukup untuk menampung perbelanjaan isi rumah.

Lebih memilukan, nasib pekebun kelapa ini bagai tidak dihiraukan kerajaan dan agensi yang berkaitan kerana sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil membela mereka.

MOHD. MUSA YUSOF
MOHD. MUSA YUSOF 

Menurut seorang pekebun kelapa di Kampung Sungai Air Tawar, di sini, Mohd. Musa Yusof, 68, petani yang mengusahakan kelapa sepenuh masa hidup dalam penuh kepayahan.

“Cuma ini sumber pendapatan kami dan saya dalam usia tua begini pun terpaksa mengerahkan sisa kudrat yang ada bagi menguruskan kebun kerana kami tidak mampu untuk membayar upah.

“Bayangkan harga kelapa ketika ini cuma 50 sen sebiji, apa kami nak makan jika pendapatan RM750 untuk dua bulan? Itu belum tolak kos baja lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang lagi pekebun kelapa, Mohd. Asyraf Mohamed Noh berkata, kerajaan perlu segera campur tangan bagi memastikan kelangsungan industri kelapa dan nasib petani terbela.

Katanya, sejak harga kelapa jatuh bermula Ramadan lalu, bukan saja para pekebun terpaksa mengikat perut tetapi yang lebih memeritkan ramai menanggung kerugian besar.

“Kitaran buah kelapa bia­sanya dua bulan sekali dan untuk tempoh itu kami hanya memperoleh RM750 sahaja. Bagaimana kami tampung kos kehidupan keluarga?

“Jadi kami berharap kerajaan dapat kaji semula pelan pembangunan yang melibatkan sektor pertanian khususnya kelapa agar masalah seperti ini tidak berulang,” ujarnya.