Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman Facebooknya, harga runcit bagi tempoh seminggu sehingga 21 Jun itu menjadikan harga baharu RON95 sebanyak RM1.98 seliter berbanding RM2.05 seliter minggu lepas.

Sementara harga, baharu RON97 ialah RM2.24 berbanding RM2.31 seliter sebelum ini, dan harga diesel yang turun 6 sen menjadikan harga jualannya RM1.88 seliter berbanding RM1.94 seliter minggu lepas.

Harga bahan api itu adalah bagi tempoh 15 Jun hingga 21 Jun 2017 berdasarkan penetapan kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan oleh kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini. - UTUSAN ONLINE