Itu antara rungutan penoreh getah di Kampung Katong di sini berikutan kejatuhan harga komoditi tersebut yang sekali gus memberi kesan kepada mereka.

HAZMI ISA
HAZMI ISA 

Seorang penoreh warga emas, Mat Dali Saad, 66, berkata, dia yang mengambil upah menoreh getah hanya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM15 sehari, malah kadangkala keluar awal pagi pulang tangan kosong.

Kata­nya, keja­tuhan harga getah itu begitu me­nyu­sahkan penoreh dan dijang­ka situasi itu semakin teruk jika kerajaan tidak mencari jalan menyelesaikan masalah ber­kenaan.

“Pernah satu ketika dahulu hasil torehan (getah sekerap) yang dijual kepada peraih men­cecah harga RM10 satu kilogram. Namun, sejak akhir-akhir ini harga yang dibeli peraih hanya RM2.30 bagi setiap satu kilogram.

“Itu adalah hakikat yang bukan sahaja dihadapi saya, malah penoreh lain. Jika dahulu, ada juga bantuan kerajaan, sekarang sudah tidak ada,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi penoreh, Hazmi Isa, 34, berkata, dia terpaksa melakukan beberapa pekerjaan lain selepas hasil menoreh getah tidak cukup menampung kehidupannya sekeluarga.

Hazmi yang mempunyai dua anak masih kecil berkata, pendapatan yang rendah itu tidak cukup menampung kos sara hidup yang terus meningkat.

“Setiap hari (kerajaan) ha­nya sebut pasal hutang negara sehingga banyak perkara lain seperti golongan penoreh dan pekebun kecil terus diabaikan. Sememangnya hutang negara penting untuk diberikan ke­utamaan, tetapi golongan penoreh juga mempunyai hutang yang perlu diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penoreh, Amirul Muslimin Azi­zan, 32, pula berharap belanjawan yang dibentangkan Jumaat ini akan memberi fokus kepada nasib penoreh getah sepertinya.