Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Mohd. Fuad Yaakob berkata, Ketua Pengarah LPP, Hamzah Bahari tidak melakukan perbincangan bersama ahli-ahli Pesawah sebelum bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan dan cadangan tersebut hanya akan membebankan mereka berikutan kos bersawah yang akan meningkat.

"Peningkatan kos bersawah hanya akan menyebabkan harga beras tempatan meningkat naik. Cadangan agar pesawah menggantikan padi yang telah ditanam turun temurun dengan tanaman lain juga tidak relevan.

"Hamzah tidak menjalankan kajian dan penelitian yang terperinci sebelum perbincangan dengan Majlis Penasihat Kerajaan dilakukan. Sepatutnya LPP diterajui individu yang lebih memahami keperluan rakyat bagi memastikan nasib marhaen terbela," katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini. - UTUSAN ONLINE