Harga petrol RON95 turun enam sen kepada RM2.21 seliter berbanding RM2.27 manakala harga petrol RON97 turun lima sen kepada RM2.49 berbanding RM2.54 seliter.

Harga diesel juga menyaksikan penurunan enam sen iaitu RM2.14 berbanding RM2.21 pada minggu sebelumnya.

Harga baharu yang dimaklumkan menerusi saluran RTM Tv1 itu berkuatkuasa pada pukul 12.01 tengah malam ini.

Sejak Mac lalu, kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga dilaksanakan bagi menggantikan kaedah sebelumnya iaitu secara bulanan. - UTUSAN ONLINE