Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, Jakim perlu menyelaraskan restoran halal yang boleh dikunjungi orang Islam dari Malaysia ketika berada di negara lain.

“Sebolehnya kita ingin mengelakkan perkara seperti penipuan sijil halal dan penggunaan alatan yang bercampur dengan produk tidak halal berlaku.

“Mungkin Jakim boleh memperkenalkan aplikasi yang menyenaraikan tempat makan halal di luar negara untuk membantu orang Islam di sana,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, orang Islam sama ada di dalam atau luar negara perlu berhati-hati dan memeriksa sijil halal sesebuah premis makanan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. - UTUSAN ONLINE