Menteri Dalam Negeri itu berkata, sekiranya terdapat perselisihan faham atau perkara berbangkit antara kedua-dua pihak perlu diselesaikan secara baik.

“Apa-apa perkara perlu dijelaskan dan berita disampaikan secara tepat supaya maklumat itu diketahui pimpinan di peringkat Persekutuan sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menteri berkaitan.

“Bagi saya Johor adalah sebuah negeri yang penting dan banyak potensi untuk dimajukan dan memberi sumbangan kepada penmbangunan negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal di pejabatnya di sini sebentar tadi.

Menurutnya, hubungan baik antara kerajaan negeri dan Pusat itu juga disampaikannya semasa menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pagi tadi yang disifatkannya bakal memberi banyak kebaikan daripada keburukan.

“Saya juga mendengar beberapa perkara yang Tunku titahkan dan saya ambil perhatian perkara ayng dititahkan itu,” ujarnya tanpa memperincikan titah Sultan Ibrahim semasa beliau menghadapnya. - UTUSAN ONLINE