JPA dalam satu kenyataan berkata, pelajar cemerlang tersebut mesti memperoleh ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

“Ini bermakna bakinya (daripada 750 orang) masih terbuka kepada pelajar-pelajar lain dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam skim perkhidmatan lain.

“Diharapkan penjelasan ini dapat memperbetulkan kekeliruan sesetengah pihak berkaitan isu pengambilan pegawai baharu PTD bagi tahun 2018 seperti yang disiarkan oleh beberapa portal media dalam talian baru-baru ini,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Beberapa portal tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa JPA didakwa menawarkan peluang sebagai PTD bagi tahun 2018 hanya kepada graduan kelas pertama tajaan JPA.

JPA memberitahu, keutamaan itu diberikan atas usaha cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar tajaan JPA dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Jabatan itu berharap, pelajar-pelajar berkenaan dapat memberikan sumbangan yang cemerlang kepada negara khususnya dalam sektor perkhidmatan awam pada masa depan.