Hanya 20 pengusaha bas sertai program SSG
Anthony Loke Siew Fook

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) amat prihatin dengan keselamatan penumpang dan cadangan itu dibuat memandangkan penyertaan program tersebut hanyalah secara sukarela ketika ini.

Katanya, menerusi program SSG, tahap keselamatan bas akan ditentukan menerusi sistem penggredan dari satu bintang ke lima bintang supaya pengguna berada dalam keadaan yang lebih selamat setiap kali menggunakan perkhidmatan bas.

“Kita sedang meneliti kemungkinan untuk mewajibkan semua pengusaha bas menyertai program SSG, kita akan kaji sama ada boleh dilaksanakan secara mandatori ataupun tidak.

“Semua usaha ini adalah memastikan pengusaha-pengusaha bas lebih memberikan tumpuan terhadap isu keselamatan malah pengguna akan lebih yakin dan ada pilihan untuk memilih bas yang mempunyai rekod keselamatan yang lebih baik,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE