Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, sehubungan itu, pihaknya menggesa pendeposit mengemas kini data peribadi sekiranya berlaku sebarang perubahan terhadap maklumat sedia ada.

Katanya, urusan tersebut boleh dilakukan di pejabat cawangan atau pusat perkhidmatan Tabung Haji atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta kaunter rakan strategik agensi itu termasuklah Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic .

“Proses ini bertujuan untuk memudahkan Tabung Haji menghubungi pendeposit serta mengelakkan kes surat tawaran haji tidak diterima kerana bertukar alamat.

“Saya sangat berharap agar pendeposit mengambil perhatian bagi memastikan sebarang maklumat penting dapat disampaikan dengan tepat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Tabung Haji boleh dihubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di talian 03-62071919. - UTUSAN ONLINE