CHONG SIN WOON
CHONG SIN WOON

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, daripada jumlah itu 75.7 peratus mencuba methamphetamine, 16.7 peratus Cannabis, 5.2 peratus opiat, 2.2 peratus amphetamine dan 0.2 peratus ketamin.


“Ingin ditekankan bahawa ini merupakan bilangan murid yang mencuba dadah dan tidak dikategorikan sebagai penagih.


“Mereka masih mengikuti pembelajaran dan aktiviti sekolah seperti biasa tetapi perlu pemantauan dan bimbingan oleh kaunselor sekolah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAN - Kota Raja) yang ingin tahu bilangan terkini penagih dadah dalam kalangan pelajar sekolah serta jenis yang diambil pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE