Beliau yang bersara awal pada 2010 dengan jawatan terakhir tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor, Terengganu menerima penghargaan dalam bentuk wang tunai RM45,000 termasuk sumbangan Yayasan Tun Hussein Onn dan Bank Islam; plak; pingat dan sijil penganugerahan.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof pula dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2018 di atas jasanya sepanjang menjawat jawatan tersebut selama tiga tahun bermula 2013.

Beliau turut menerima hadiah penghargaan yang sama. - UTUSAN ONLINE