Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan berkata, dana yang diperuntukan sejak 2009 itu telah dimanfaatkan bagi tujuan pembangunan dan menaiktaraf fasaliti sukan, projek kelas abad ke-21, penyelenggaraan infrastruktur dan pembinaan sekolah Tamil baharu.

"Melalui Bajet 2016, dana daripada peruntukan fasa pertama sebanyak rm25 juta telah diagihkan kepada 157 buah sekolah di 11 buah negeri pada Oktober tahun lalu manakala baki peruntukan sebanyak rm25 juta lagi akan diagunkan kepada 284 sekolah pada April ini.

"Malah peruntukan sebanyak rm50 juta yang diumumkan dalam Bajet 2017 akan diberikan kepada lebih 80 SJKT yang belum dinaik taraf," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berharap semua sekolah yang mendapat dana ini akan menggunakan peruntukan tersebut dengan sebaiknya bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar. - UTUSAN ONLINE