Petisyen yang dikelolakan oleh Esmee Mat Isa dalam laman change.org itu juga membantah Tabung Haji diletakkan di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Esmee, agenda meletakkan Tabung Haji di bawah kawal selia BNM ini seumpama menghalalkan matlamat pihak tertentu untuk meletakkan Tabung Haji di bawah pengawalan Lim Guan Eng sepenuhnya.

“Ayuh kita selamatkan aset umat Islam daripada jatuh ke tangan bukan Islam. Insya-Allah, jika berjaya mendapat sokongan umat Islam, kita akan usahakan satu memorandum di serahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu,” kata Esmee.

Sasaran petisyen berkenaan adalah untuk memperoleh 25,000 tandatangan. - UTUSAN ONLINE