HALIM MOHAMMAD
HALIM MOHAMMAD 

Beliau menggantikan Datuk Mohammed Azlan Hashim yang menamatkan kontraknya pada 30 September. 

Pusat Komunikasi Korporat UMT dalam satu kenyataan memberitahu, pemilihan Halim adalah tepat untuk memperkukuh dan memacu UMT ke arah melahirkan tenaga pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang kelautan dan sumber akuatik. 

"Beliau yang memiliki pengalaman luas dalam sektor maritim serta menjawat pelbagai jawatan penting dalam badan kerajaan, mampu menyumbang dan membawa UMT ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau dan antarabangsa.

"Pelantikan ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan UMT  dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang marin dan maritim di Malaysia serta dunia," ujar kenyataan itu. 

Selain pelantikan Halim, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik melalui suratnya yang 
bertarikh 24 September 2018 turut melantik Azizul Nizam Bidin dari ITRAMAS Corporation Sdn. Bhd. sebagai Ahli Lembaga Pengarah UMT yang baharu sebagai wakil sektor swasta bagi tempoh yang sama, tiga tahun.- UTUSAN ONLINE