Assalamualaikum semua pertama sekali saya bersyukur kehadrat illahi di atas kurniaNya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai utk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini..million thanks to my beautifull wife Nureffy Jesreel for giving me the most wonderfull moment and treasure for this wonderfull year..thanks to our parents,family and sahabat as well yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua..tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua..dan terima kasih juga di ucapkan kepada Dr dan kakak kakak jururawat yang memberikan khidmat yang terbaik yang menyambut kelahiran anak sulung saya...

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Hafiz memberitahu perkara itu menerusi akaun instagramnya berserta dengan sekeping gambar kaki bayi sulungnya yang dilahirkan pada pukul 8.06 pagi tadi.

"Saya bersyukur di atas kurniaan cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan ini juga adalah hadiah pembuka tirai tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

"Jutaan terima kasih kepada isteri tersayang kerana memberikan kenangan yang terindah dan sangat bernilai tahun ini," jelasnya.

Hafiz yang popular dengan lagu Awan Nano mendirikan rumah tangga bersama dengan Nureffy pada 14 Mei tahun lalu.

Menerusi kenyataan Hafiz lagi, dia turut mengucapkan terima kasih pada ahli keluarga dan sahabat yang memberi sokongan moral buat mereka berdua. - UTUSAN ONLINE