Hafiz tiba kira-kira pukul 8.30 pagi manakala Siti Arifah atau dikenali sebagai Joy Revfa tiba setengah jam kemudian.

Joy yang merupakan ibu tunggal disatukan dengan Hafiz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini pada 1 Mei lalu. 

Bagaimanapun, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu perpisahan sementara selepas meragui perkahwinan yang dibina dengan Hafiz. - UTUSAN ONLINE