Hafez menggantikan Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim apabila menang tanpa bertanding selepas dipilih secara sebulat suara oleh perwakilan.

Hafez ketika ditemui hari ini berkata, pemilihannya adalah satu penghormatan dan berjanji akan meneruskan segala yang pernah diperjuangkan Irmohizam selain melakukan penambahbaikan untuk golongan belia.

“Kita akan memfokuskan beberapa perkara antaranya memperbanyak program ekonomi kerana zaman selain modal kemahuan dan bakat juga penting.

“Kita juga mahu menggalakkan belia di luar menyertai persatuan belia supaya mereka lebih dekat dengan kerajaan dan membantu mengurangkan penglibatan belia dalam dadah,” katanya ketika ditemui selepas majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MBS Kali Ke-34 di sini hari ini.

Terdahulu, majlis tersebut dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. - UTUSAN ONLINE