HADIAH cabutan WOW! dianjurkan bagi mengalakkan masyarakat menabung dalam SSPN1M-i Plus demi pendidi
HADIAH cabutan WOW! dianjurkan bagi mengalakkan masyarakat menabung dalam SSPN1M-i Plus demi pendidikan tinggi anak mereka.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd. Khalid berkata, Hadiah Cabutan WOW! 2018 itu menyediakan lebih banyak hadi­ah menarik, yang keseluruhannya berjumlah RM2 juta untuk memberi peluang kepada lebih 4,300 pemenang.

Beliau berkata, promosi itu adalah inisiatif tahunan PTPTN khusus untuk pendeposit yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit dalam SSPN1M- Plus.

“Tahun ini agak berbeza berbanding tahun sebelumnya apabila PTPTN menawarkan hadiah berbentuk pakej pelancongan keluarga sebagai hadiah utama.

“Pendekatan itu selari dengan trend masyarakat masa ini yang gemarkan aktiviti melancong. Jadi, sambil menyimpan di dalam SSPN1M- Plus, mereka juga berpeluang untuk melancong di dalam mahupun luar negara,” katanya.

Menurut Mastura, percutian yang bakal diberikan itu semua­nya bersama keluarga iaitu pakej untuk empat orang (ibu bapa dan dua orang anak) dan usaha ini bagi mengukuhkan lagi perhubungan kekeluargaan antara mereka.

Beliau berkata, Cabutan Wow! SSPN1M- Plus merangkumi ca­butan bulanan, sukuan dan ca­butan tahunan.

Jelasnya, bagi cabutan bulanan, pendeposit berpeluang memenangi hadiah pakej pelanco­ngan keluar­ga dalam negara bernilai RM4,000 dengan wang tunai bernilai RM1,500 dan hadiah saguhati untuk 30 orang pendeposit yang merupakan hadiah pakej pelancongan keluarga ke Taman Tema dalam negara bernilai RM1,500 dengan wang tunai

 

RM500.

Katanya, tempoh promosi bagi Cabutan WOW! Bulanan adalah pada 1 Mac hingga 31 Disember 2018, bermakna pendeposit boleh menyertai cabutan tersebut sekiranya menabung dalam tempoh tersebut.

Selain itu katanya, bagi cabutan sukuan terdapat empat kali cabutan dengan setiap cabutan menawarkan hadiah utama iaitu pakej pelancongan keluarga ke Disneyland Jepun atau pakej umrah bernilai RM23,000 serta wang tunai bernilai RM3,000.

Jelasnya, tempoh promosi bagi cabutan sukuan pada 1 Januari hingga 31 Mac 2018 bagi cabutan pertama, 1 April hingga 30 Jun (cabutan kedua), 1 Julai hingga 30 September (cabutan ketiga) dan 1 Oktober hingga 31 Disember (ca­butan keempat).

Sementara itu, cabutan tahunan menawarkan hadiah utama wang tunai RM100,000. Tempat kedua pula menawarkan wang tunai RM50,000 un­tuk dua pendeposit dan ketiga, wang tunai RM10,000 kepada tiga pendeposit yang berjaya.

Cabutan berkenaan terbuka kepada semua pendeposit SSPN1M- Plus iaitu skim yang menawarkan pelan simpanan pendidikan de­ngan pelbagai pili­han pakej perlindu­ngan dengan kadar serendah RM50 sebulan bagi melayakkan mereka menyertai cabutan tersebut.

Sejak inisiatif itu di­mu­lakan pada tahun 2012, ramai pendeposit merebut peluang untuk menabung dalam SSPN1M kerana sambil menyimpan, mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan yang membolehkan mereka menambah jumlah tabu­ngan di dalam akaun ma­sing-masing.