“Kerana ibu yang sakit, saya juga terpaksa pulang ke kampung halaman (Kedah) tujuh kali dalam tempoh setahun,” dedah seorang guru, Afif Zulfathi Jaafar, 28.

Kisah menyayat hati Afif Zulfathi yang terpaksa berjauhan daripada ibunya yang terlantar sakit

GAMBAR kenangan Afif Zulfathi Jaafar bersama arwah ibunya, Zainab Hashim ketika pulang bercuti di Ko
GAMBAR kenangan Afif Zulfathi Jaafar bersama arwah ibunya, Zainab Hashim ketika pulang bercuti di Kodiang, Kedah, September lalu.

sejak empat tahun lalu itu sehingga wanita tersebut menghembuskan nafas­nya yang terakhir tengah hari semalam, tular dalam laman sosial sejak malam tadi.

Afif Zulfathi ketika dihu­bungi hari ini mendedahkan dia sudah beberapa kali memikirkan untuk melepaskan jawatan sebagai pendidik, selepas rayuannya untuk bertukar ke Semenanjung bagi menjaga ibunya yang terlantar sakit itu tidak diendahkan pihak terlibat.

Lebih menyedihkan, guru yang bertugas di sebuah kawasan pedalaman di Belaga itu, tidak dapat menatap buat kali terakhir wajah ibunya yang sudah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pida 5, Kodiang di sini, petang semalam.

Dia yang terpaksa menempuh perjalanan yang panjang dari Sarawak itu tiba di kampung halamannya petang ini dan terus ke pusara ibunya.

Dalam pada itu, Afif Zulfathi mendedahkan telah membuat rayuan dan banyak permohonan untuk bertukar di sekolah yang berhampiran atau sekurang-kurangnya di Seme­nanjung sejak 2017 selepas ibunya mengalami pelbagai penyakit seperti kegagalan buah pinggang, darah tinggi, kencing manis dan jantung.

Ujarnya, tahun lepas, pe­nyakit ibunya yang sudah berusia 72 tahun semakin serius dan hanya mampu duduk di atas kerusi roda selain bapa pula sudah tidak berdaya ke­rana masalah kesihatan.

“Saya mengemukakan surat sakit ibu dan bapa semasa membuat permohonan dan rayuan tukar itu. Pelbagai tempat saya sudah pergi (buat rayuan) namun ditolak. Apa yang mengecewakan terdapat seorang rakan guru di sekolah sama yang hanya membuat permohonan tukar secara suka-suka tetapi lulus dan dipindahkan ke Selangor.

“Secara jujurnya saya sudah tidak sanggup berada di sekolah itu (di Sarawak) yang tiada liputan talian telefon sehingga menyukarkan saya berhubung dengan keluarga. Sehingga ibu saya meninggal dunia pun saya tidak tahu dan hanya disampaikan rakan guru dari sekolah lain yang datang menggunakan perahu beberapa jam selepas itu,” katanya dengan nada sebak.