MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF

Kejadian bermula pada 22 Ja­nuari apabila mangsa yang ber­usia 50 tahun menerima mesej daripada suspek kononnya mahu memberi hadiah sebagai tanda perkenalan.

Ketua Jabatan Siasatan Jena­yah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 29 Januari mangsa dihubungi suspek dan memberi­tahu perlu membayar sebanyak RM4,500 kepada pihak kastam untuk hadiah berkenaan.

“Pada hari sama, pada kira-kira pu­kul 3.30 petang mangsa mema­sukkan wang ke akaun bank yang diberikan suspek.

“Dua hari kemudian, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lagi suspek yang memperkenalkan diri sebagai wa­kil ‘Ajen T Link’ dan memaklumkan perlu membuat pembayaran berjumlah RM18,000 bagi urusan mendapatkan Certificate Laundry Money,” katanya kepada pembe­rita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, tanpa curiga mangsa kemudian me­ma­­sukkan wang sebanyak RM18,000 di sebuah bank berlainan di ca­wangan Je­rantut pada kira-kira pu­kul 3 petang hari yang sama.

“Pada 1 Mac lalu pada kira-kira pu­kul 2.12 petang, mangsa mene­rima pesanan daripada lelaki itu yang mendakwa sudah tiba di La­pangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun di­­tahan oleh pihak kastam kera­na membawa wang berjumlah AS$100,000 (RM391,249). Suspek meminta mangsa membayar seba­nyak RM4,000 kepada pihak kastam.

“Mangsa memasukkan duit sebanyak RM4,000 ke dalam akaun yang diberikan suspek pada hari berikutnya dan mangsa mema­sukkan sebanyak RM15,000 pula pada 6 Mac lalu untuk tujuan sama,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, guru wanita terbabit menyedari ditipu apabila lelaki yang menghubunginya kali pertama itu meminta mangsa memasukkan wang ber­jumlah RM30,000 bagi melepas­kan diri untuk perbicaraan mah­kamah pula.

“Guru berkenaan segera membuat aduan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut semalam dan kes disiasat mengikut Sek­syen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Polis sedang mengesan semua suspek terlibat dan kini giat memburu ‘keldai akaun bank’ iaitu mereka yang dipergunakan atau bersekongkol dengan sindiket untuk membuka akaun bank bagi menipu mangsa,” katanya.