Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Guru SK Cherang Ruku naik 
bas, berbasikal ke sekolah

SEBAHAGIAN guru yang memakai seragam sekolah menggunakan perkhidmatan
SEBAHAGIAN guru yang memakai seragam sekolah menggunakan perkhidmatan bas sekolah semasa sambutan Hari Guru peringkat SK Cherang Ruku di Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

PASIR PUTEH 16 Mei – Menaiki bas, berbasikal dan berjalan kaki ke sekolah.

Demikianlah gimik dilakukan 80 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Selain membuat aktiviti tersebut yang biasa dilakukan murid-murid setiap awal pagi, para guru terbabit juga memakai seragam sekolah sehingga mencuit hati orang ramai yang melihat mereka.

Penolong Kanan (Kokurikulum) SK Cherang Ruku, Norihan Mat Ghani berkata, seramai 50 guru berkumpul di satu lokasi pada awal pagi menunggu bas sekolah yang disewa khas untuk dibawa terus ke pintu pagar sekolah pada pukul 7.15 pagi.

Katanya, guru yang tidak menaiki bas pula memilih untuk berbasikal atau berjalan kaki ke sekolah.

“Gimik ini tidak dimaklumkan kepada murid untuk memberi kejutan kepada mereka. Kita mahu mereka tahu, kita juga sama iaitu pernah melalui situasi serupa sa­tu ketika dulu.

“Guru-guru yang datang dengan bas sekolah, berjalan kaki dan berbasikal itu kemudian disambut di pintu pagar sekolah oleh guru besar. Ini adalah simbolik amalan penya­yang sebagaimana yang dipraktikkan selama ini,” katanya.

Norihan berkata, sempena Hari Guru, majlis perhimpunan khas turut diadakan bagi memboleh­kan warga sekolah mendengar per­utusan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Menurutnya, sambutan Hari Guru peringkat SK Cherang Ruku bukan sahaja disambut warga pendidik, malah termasuk kakitangan sokongan, guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Dalam usaha mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah, aktiviti sukaneka dan persembahan pentas turut diadakan sebagai pengisian sambutan.

“Malah, juadah makanan untuk jamuan turut dibawa dari rumah masing-masing sebagai tanda pemuafakatan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain