KAMAROZAMAN ABD. RAZAK
KAMAROZAMAN ABD. RAZAK

Demikian luahan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd. Razak yang menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, cadangan ini sudah lama dikemukakan malah telah diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mewujudkan jawatan Pembantu Guru tetapi masih belum dilaksana kerana masalah kewangan.

“Tugas hakiki seorang guru hari ini terganggu dengan kerja-kerja perkeranian seperti memasukkan data dan sebagainya sehingga ada guru terpaksa bawa balik kerja ke rumah.

“Jika dibandingkan dengan dahulu, guru sentiasa ada masa untuk berbincang dengan guru lain bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti modul pembelajaran dan pengajaran.

“Tetapi kini, kami tiada masa. Jadi, NUTP bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri dan menganggap ia sebagai hadiah Hari Guru buat guru-guru di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Dalam pada itu, beliau juga menyarankan supaya pelaksanaan pejawatan Pembantu Guru dilaksanakan secara berperingkat.

“Saya cadangkan kerajaan untuk bantu guru-guru yang mengajar disekolah yang mempunyai ramai murid.

“Utamakan mereka dahulu, kemudian secara berperingkat barulah bantu guru disekolah lain di luar bandar, pedalaman dan sebagainya,” ujarnya.

Dr. Wan Azizah pagi tadi dalam Perutusan Hari Guru 2018 memberitahu, kerajaan komited untuk memastikan guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika mengajar.

Beliau turut mengumumkan akan mewujudkan biasiswa khas untuk guru menyambung pengajian dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka. - UTUSAN ONLINE