Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, guru terbabit sudah diambil keterangan dan membuat pengakuan tersebut.

“Namun, beliau memberitahu, tepukan tersebut tidak kuat dan tidak mungkin mendatangkan kecederaan seperti didakwa ibu serta mangsa terbabit.

“Malah, maklumat yang didapati daripada rakan sekelas mangsa juga menyatakan guru itu tidak menampar dengan kuat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Dzaffir, pihaknya kini sedang menunggu laporan pemeriksaan kecederaan mangsa daripada Hospital Kajang.

“Kita akan teruskan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan akan mengambil keterangan nenek mangsa dalam masa terdekat,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE