Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk S. Dev Kumar berkata, guru berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis pada pukul 3 petang.


Beliau berkata, polis bertindak menahan suspek setelah keluarga dua murid lelaki terbabit membuat laporan.


“Sebelum membuat laporan polis, ibu bapa kedua-dua mangsa mendakwa sudah memaklumkan kejadian itu kepada pihak sekolah, namun tiada maklum balas diperoleh.


“Akibat tidak berpuas hati dengan pihak sekolah yang tidak mengambil sebarang tindakan ke atas guru terbabit, keluarga mangsa membuat laporan polis hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (a), (b) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.- UTUSAN ONLINE