Majlis pengagihan komputer tablet yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Anne dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin.

Ta­b­let itu mengandungi hampir 16,000 soalan pelbagai aras termasuk yang berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Tablet yang menjadi milik peribadi guru merupakan hadiah daripada kerajaan bagi menghargai jasa mereka dalam mendidik anak bangsa.

Kemudahan mengakses bahan berkualiti pada bila-bila masa akan memberi ruang kepada guru menggunakan kreativiti mereka meneroka informasi tambahan untuk pengajaran.

Sebelum ini, komputer tablet telah diserahkan kepada guru-guru di Sarawak, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, di Daerah Kinta Utara pula, seramai 1,400 guru menerima komputer tablet dilengkapi perisian Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia dalam satu majlis yang diadakan di Institut Perguruan Ipoh, Hulu Kinta, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah; ADUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, Hasni Hasshim.

Sementara itu, seramai 2,464 guru dari 49 sekolah di kawasan Parlimen Tambun, Ipoh juga menerima komputer tablet tersebut.