Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pemimpin-pemimpin politik memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan pendidikan dalam kalangan masyarakat India.


“Hari ini saya jelaskan kepada mereka (guru-guru berkenaan), antara peranan dimainkan oleh pemimpin politik adalah membina sekolah-sekolah Tamil serta meningkatkan pencapaian dan peranan para guru.


“Malaysia ada 524 sekolah Tamil, sementara terdapat enam buah sekolah lagi masih dalam pembinaan dan dijangka siap dalam masa satu atau dua tahun lagi,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Transformasi Pendidikan Melalui Blue Print Masyarakat India dan Jamuan Makan Tengah Hari di sebuah hotel di sini sebentar tadi.


Sementara itu, Subramaniam menegaskan, guru-guru berkenaan tidak boleh menganggap diri mereka terasing dapada sistem pendidikan sedia ada, tetapi perlu bekerjasama dalam agenda pendidikan.


“Perkara yang harus dilakukan adalah mereka menjadi sebahagian daripada agenda ini untuk mencapai matlamat, visi dan misi pendidikan dalam negara kita,” katanya. - UTUSAN ONLINE