Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dengan adanya pendidikan yang baik, anak seorang pekebun kecil boleh seiring dengan anak pegawai tinggi kerajaan mahupun pemimpin utama negara.


Beliau mengakui pendidikan dan kemahiran yang ada boleh membantu sesebuah keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan, seterusnya memberikan kesan terhadap sosio ekonomi masyarakat pada masa kini.


“Terima kasih cikgu, tanpa anda negara mungkin terus ketinggalan untuk bersaing  dengan negara-negara maju yang memerlukan modal insan berilmu, berkemahiran dan berwawasan tinggi,” katanya semasa melancarkan Gerakan Massa: Penghargaan Terima Kasih Cikgu  Peringkat Daerah Pontian sempena Sambutan Haru Guru 2018  di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Betak, di sini sebentar tadi.


Hampir 200 peserta terdiri daripada pengetua, guru besar, pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru  (PIBG) dan ahli-ahli Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti (PIBK) menghadiri majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE