Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Guru berpengaruh pupuk perpaduan – Sultan Nazrin

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH memimpin Yahaya Ibrahim selepas
SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH memimpin Yahaya Ibrahim selepas pelancaran buku Yahya Ibrahim: Ikon Pendidikan Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim, semalam. BERNAMA

TANJUNG MALIM 5 Sept. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, guru memiliki pengaruh amat kuat dalam memupuk semangat muhibah dalam kalangan pelajar yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum dan budaya di negara ini.

Baginda bertitah, walaupun negara telah menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan Ke-60, peranan memupuk perpaduan kaum, harus terus diberikan keutamaan.

Mengambil contoh Permaisuri Tuanku Bainun yang merupakan lulusan Kirkby College, Sultan Nazrin bertitah, bonda baginda mengamalkan sikap sangat terbuka serta menghormati sesiapa sahaja daripada pelbagai kaum dan agama.

Titah baginda, Tuanku Bainun juga telah menunjukkan contoh teladan baik termasuk membantu baginda serta adinda-adinda baginda untuk mengenali dunia lebih luas tanpa prasangka negatif dengan menjalin perhubungan persahabatan meren­tasi sempadan agama, kaum, budaya, politik dan negara.

“Falsafah yang dipegang dan peranan yang pernah dilaksanakan oleh para guru lulusan Kirkby College pada era pra dan pasca kemerdekaan hendaklah diteruskan hari ini oleh guru-guru di setiap bilik darjah dan sekolah di negara ini.

“Kekuatan dan kestabilan negara kita amat bergantung kepada semangat perpaduan kukuh yang berjaya dijalinkan dalam kalangan warga pendidik,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika melancarkan buku Yahaya Ibrahim: Ikon Pendidikan Negara di Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim merangkap Canselor UPSI dan adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Eleena Almarhum Sultan Azlan Shah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pro-Canselor UPSI, Tan Sri Yahaya Ibrahim dan Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, gagasan kepada pendidikan cemerlang didukung oleh warganya yang penuh berbakat, gigih dan tekun bekerja.

Sehubungan itu, titah baginda, guru yang terbilang berupaya menyalakan bara semangat pem­belajaran yang tidak akan padam dalam kalangan pelajarnya.

“Guru yang namanya menjadi sebutan di hujung setiap lidah pelajar adalah guru yang berjaya memenangi hati pelajarnya.

“Guru-guru berdedikasi akan bekerja sepanjang masa demi memastikan anak didik mereka mencapai kejayaan lebih gemilang daripada diri mereka sendiri,” titah baginda.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain