Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Guru agama Islam Semenanjung, Sabah dihantar ke Sarawak penuhi keperluan - Mahdzir

Guru agama Islam Semenanjung, Sabah  dihantar ke Sarawak penuhi keperluan - Mahdzir
Mahdzir (dua dari kiri) menyampaikan cek kepada penerima ketika Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas Sekolah Jenis Kebangsaan SJK(C) Berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) 2017 Fasa 1 (2016) di SJK(C) Chung Hua No. 3, di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan, Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian (kiri). - UTUSAN ONLINE/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUCHING 29 Mac - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan pengambilan guru agama Islam dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak hanya dibuat bagi memenuhi keperluan pelajar di negeri ini.

Beliau berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi memastikan pelajar beragama Islam di negeri ini akan terus menerima pendidikan terbaik dalam subjek berkenaan.

Katanya, hal ini kerana bilangan graduan tempatan yang tidak mencukupi untuk mengisi kekosongan jawatan guru agama Islam di negeri ini.

"Kementerian akan sentiasa memberi keutamaan kepada calon tempatan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai guru agama Islam di Sarawak.

"Namun, timbul sedikit masalah berikutan tiada permohonan daripada orang tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan ini," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan peruntukan khas kepada 68 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kuching di SJKC Chung Hwa No.3 di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain